Sabtu, 22 September 2012

Wujud campur tangan asing

Wujud campur tangan asing

Peserta seminar mengambil kesempatan bersalaman dengan Dr. Mahathir Mohamad (tengah) ketika hadir di Dewan Kurnia, Dewan Perhimpunan Cina Kedah Alor Setar semalam. - MINGGUAN/KAMAL BASIR
KUALA LUMPUR 22 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penyaluran dana asing untuk aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang membuktikan wujud campur tangan pihak luar untuk menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang boleh mengikut telunjuk mereka.
Menurut bekas Perdana Menteri, modus operandi yang digunakan adalah sama seperti di Libya, Mesir dan negara Arab lain yang mereka namakan sebagai Arab Spring, iaitu pihak asing memberi bantuan kewangan bagi membiayai aktiviti NGO mengapi-apikan rakyat supaya bangkit menentang kerajaan dan melakukan apa yang dikatakan sebagai regime change.
"Kerajaan interim Mesir telah pun menghentikan kegiatan sesetengah NGO ini yang datang dari Amerika. Mereka ini sebenarnya dibiayai oleh kerajaan (Amerika), mereka pergi ke Mesir dan cuba mempengaruhi orang Mesir dan siapa-siapa yang hendak menghadapi pilihan raya. Mesir telah menghalang mereka daripada masuk campur (dalam pilihan raya).
"Kita tak pernah campur tangan, tak pernah pergi kacau (pilihan raya negara mereka) dia punya pilihan raya, dia punyalah. Kita punya pilihan raya adalah hak rakyat kita, pasal apa dia nak cuba pengaruhi orang untuk menukar kerajaan, kerajaan yang mesra kepada mereka? Inilah tujuannya. Ini yang diuar-uarkan sebagai regime change," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini kelmarin.
Dr. Mahathir diminta mengulas pendedahan akhbar kelmarin mengenai penyaluran dana asing kepada NGO dalam negara termasuk RM1.6 juta yang diterima Suara Rakyat Malaysia (Suaram) daripada National Endowment for Democracy (NED) dan RM845,835 daripada Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh penyangak mata wang George Soros.
Menurut bekas Perdana Menteri seperti yang pernah ditulis oleh beliau di dalam blognya, apa yang dimahukan oleh pihak asing itu bukan setakat regime changeatau perubahan kerajaan yang memerintah tetapi perubahan yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Beliau yakin penyaluran dana asing termasuk untuk perhimpunan Bersih dan pelbagai lagi adalah sebahagian daripada operasi untuk menyokong Anwar.
"Jerman pun bagi duit, apa kena-mengena dengan Jerman? Adakah anda tidak bersetuju dengan kerajaan sekarang dan mahu menjatuhkannya? Kalau nak bagi duit, bagi dua-dua belah (pihak). Bagi kepada pihak penyokong kerajaan dan pihak pembangkang tak apa. Tapi apabila anda memberi dana hanya kepada satu pihak bermakna anda mengapi-apikan rakyat supaya menentang kerajaan.
"Ini salah! Ia adalah hak rakyat negara ini untuk memilih kerajaan yang mereka kehendaki bukannya orang luar menentukan kerajaan yang mereka mahukan," tegasnya.
Dalam keadaan ini, Dr. Mahathir berkata, apa yang diperjuangkan oleh NGO yang menerima dana asing ini bukan lagi mewakili suara rakyat Malaysia sebaliknya suara pihak luar.
"Ia bukannya inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Tak kan kita hendak dikuasai oleh orang asing? Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar. Jadi siapa yang nak pilih Perdana Menteri Malaysia, orang Malaysiakah orang asing?," soalnya.
Baginya beliau boleh menerima sekiranya rakyat Malaysia sendiri yang membuat keputusan hendak memilih Anwar tetapi biarlah pilihan itu dibuat tanpa dipengaruhi oleh tangan-tangan asing.
"Jika anda (pihak asing) cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah!" tegasnya lagi.

Rabu, 12 September 2012

Hempedu Bumi

hempedubumi
Nama saintifik : Andrographis paniculata
Nama biasa : Raja Pahit
Nama tempatan : Hempedu bumi
Famili : Acanthaceae
Pendahuluan:
Herba ini merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai jangkahayat yang pendek iaitu lebih kurang satu tahun. Ia berasal dari Asia Tenggara, China dan India. Disebabkan oleh keupayaan pembiakan yang tinggi ia dikatakan sebagai tumbuhan musuh di beberapa tempat. Tumbuhan ini digunakan sejak berabad yang lalu sebagai perawatan khususnya di China, India dan Jawa. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini tumbuhan ini mempunyai keupayaan sebagai tumbuhan herba dan telah memasuki pasaran farmasi. Kini tumbuhan ini menjadi herba perawatan yang boleh mengubati sakit-sakit yang ringan dan telahpun terbukti ke atas banyak gejala penyakit yang berkaitan dengan masalah kesan daripada antibodi yang telah dikeluarkan untuk melawan bahan yang sedia ada dalam badan (autoimmune)
Ciri - Ciri Tumbuhan:
Merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh tegak dengan jangka hayat yang pendek iaitu lebih kurang satu tahun dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60-70 cm. Mempunyai batang yang berbentuk segi empat dan mempunyai dahan yang yang banyak. Daunnya berwarna hijau, susunan daun ringkas, licin. Susunan daunnya adalah secara 'decussate' iaitu daun yang berpasangan secara bertentangan.
Tabiat Tumbuhan:
Hempedu bumi umumnya dijumpai secara liar di kawasan tanah terbuka dan kawasan yang ditumbuhi rumput. Di Malaysia hempedu bumi biasanya ditanam di kawasan belakang rumah atau di dalam pasu untuk tujuan herba perubatan. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang lasak dan boleh hidup dengan baik dalam berbagai jenis tanah.
Bahagian Yang Digunakan:
Daun dan keseluruhan bahagian pokok.
Amalan Tradisi Perawatan:
Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang boleh memberikan analgesik iaitu dapat mengurangkan rasa kesakitan, boleh dijadikan sebagai julap (ubat pencuci perut), ubat pengeluar kahak, penghadaman dan juga digunakan sebagai rawatan penyakit kencing manis, demam, jangkitan cacing, bronkitis yang kronik ( bengkak pada tiub udara di kerongkong), kusta,senak atau kembung perut, sakit perut, disentri (cirit birit) dan penyakit kulit (terbakar, luka dan ulser). Tumbuhan ini juga boleh merawat gigitan ular dan juga kitaran haid yang tidak teratur.

KEGUNAAN DAN KHASIAT

Teh Pembersih Hati
Hempedu Bumi kisar mengandungi herba antioksida yangdigunakan secara tradisional untuk hati dan senak(terutamanya selepas makanan berlemakdan untuk meningkatkan imuniti, sakit tekak, tekanan darah tinggi dan kencing manisSebagaimana orang tua-tua sukaberkata, "pahit baik untuk anda!" Pengambilan harianmenyokong sistem penghadaman dan pembuangan (eliminatory) dan mencegah selsema dan selsema berhingus!

Teh Hempedu Bumi kisar menggabungkan 3 herba alam semula jadi pembersih (detox) hati yang paling berkuasa:Andrographis paniculataPhyllanthus niruri dan CurcumaLongaGabungan ini mempunyai sifat berikut:

• Perlindungan Antioksida untuk hatipankreas dan sistempenghadaman
• pembersih hati dan darah semulajadi 
• Melindungi daripada ulser perut dan duodenum
• Meningkatkan imuniti
• Melindungi hati dari toksin pemakanan, teroksida lemakdan alkohol
• Membantu fungsi pankreas dan menambah baik metabolisma glukosa
• Menggalakkan pertumbuhan semula hati
• Menggalakkan pemulihan dari hepatitis (selepas fasaakut)

Daun Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi, disamping merawat kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.

Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Cukup untuk minum sekali sehari.

Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat dan letakkannya pada tempat luka. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molikul-molikul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi. Air rebusan daun ini yang pahit  juga merangsang pemecahan molikul lemak. Tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah mengambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu.

SUKATAN PENGGAMBILAN

Ubatan mentah kering (1,5-ke-3,0 g) pada amnyaditadbirkan untuk aktiviti antipiretik dan anti-jangkitan,manakala herba segar digunakan dalam dos 25-ke-75 g untuk anti cirit birit. Untuk kepahitanekstrak dos cecairadalah 0,5-ke-1,0 ml.

Herbanya terdiri daripada daun-daun kering dan pucukmuda;seluruh tumbuhan berwarna hijau kekelabuan,menghasilkan tidak kurang daripada 1% Andrographolide dari asas berat kering. Pada kebiasaannya herba serbuk yang digunakan amat pahit dan tidak berbauUbat ini tidak seharusnya mengandungi lebih daripada 2% bahan organik asing.

Daun Belalai Gajah Penawar Kanser

sabah snake grass, daun belalai gajah, pokok penawar kanser, sabah clinathus nuthan

Pokok belalai gajah atau Sabah Snake Grass merupakan sejenis herba popular  dalam perubatan tradisional thai dan china. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang kecil dan panjang. Pokok ini memerlukan sokongan kerana batangnya yang kecil dan lembut itu mudah rebah apabila dilanda angin. Tumbuhan daripada keluarga acanthaceae.Ia boleh membiak melalui keratan batang.

sabah snake grass, daun belalai gajah, pokok penawar kanser, sabah clinathus nuthan

Nama Tempatan:Belalai Gajah
Nama Saintifik:clinacanthus Nutans
Nama Lain:Gendis(melayu),E zui hua( snake plant,Sa-laid-pang-porn, phaya yo ,phaya plongtong(Thai)
Famili:acanthaceae
Lokasi dijumpai:tumbuhan herba
Asal:Tumbuhan tempatan
sabah snake grass, daun belalai gajah, pokok penawar kanser, sabah clinathus nuthan
kegunaan:
Pokok belalai gajah dipercayai mempunyai khasiat dalam mengubati penyakit kanser seperti Uterus Cancer, Prostate Cancer, Breast Cancer, Lang Cancer, Leukemia Patiens, Dialysis Patiens, High Blood, High Uric Acid, Diabetes dan banyak lagi.

Di thailand belalai gajah digunakan sebagai bahan untuk merawat penyakit kulit. Ekstrak daripada daunnya yang segar digunakan untuk merawat ruam kulit.Malahan ekstrak dari tumbuhan ini juga digunakan didalam krim yang disapu pada badan ketika terkena cacar air (chicken pox).Ekstraknya juga digunakan untuk mengubati dermatitis Ia juga digunakan sebagai penawar kepada racun dari gigitan ular. Ada Kajian saintifik  menunjukkan walaupun ekstrak tumbuhan ini tidak memberikan tindakbalas langsung terhadap bisa ular, tetapi jika diberikan secara oral ia akan memanjangkan tempoh bertahan tikus yang telah disuntik dengan racun ular

sabah snake grass, daun belalai gajah, pokok penawar kanser, sabah clinathus nuthan

Cara2 membuat jus daun belalai gajah @ sabah snake grass
  • masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender
  • masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
  • tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
  • masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
  • masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
  • blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
  • jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
  • Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi 
Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah
sabah snake grass, daun belalai gajah, pokok penawar kanser, sabah clinathus nuthan
sabah snake grass, daun belalai gajah, pokok penawar kanser, sabah clinathus nuthan

Dandang Gendis
Normalkan Gula Darah

Natural Healing Tue, 27 May 2008 15:00:00 WIB
Tanaman pagar ini memang tidak begitu populer dibandingkan dengan jenis herba lainnya. Namun, beberapa penelitian justru mengungkap peluang dandang gendis sebagai herba yang potensial menormalkan kadar gula darah.

Menyebut namanya, orang akan teringat salah satu tembang Jawa, yakniDandang Gulo (gendis). Kertajaya, raja terakhir dari Kerajaan Kediri di Jawa Timur, juga dikenal dengan nama Dandang Gendis.

Namun, yang diulas di sini adalah tanaman obat yang biasa tumbuh di daerah tropis. Orang Sunda biasa menyebutnya ki tajam!

Menurut pengembang tanaman obat, Hartini Koentjoro, dandang gendis jika hendak diolah menjadi herbal harus dijadikan ekstrak terlebih dulu. Secara umum, dandang gendis tidak dapat berdiri sendiri, tetapi harus dicampur dengan herba lainnya.

"Biasanya setelah diekstrak dengan cara dikeringkan, dandang gendis dapat dicampur atau dikombinasi dengan meniran. Manfaatnya sebagai ramuan untuk meningkatkan daya tahan tubuh," ungkap pemilik kebun tanaman obat Sekar Peni ini.

Dandang gendis biasa dicampur dengan meniran karena keduanya memiliki manfaat yang sama, yakni untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Caranya, lanjut Hartini, kedua herba ini direbus bersamaan, lalu ditambahkan sedikit madu agar terasa manis.

Sebagai ramuan pengontrol gula darah, dandang gendis dapat dimanfaatkan tunggal, tanpa campuran. Biasanya dibuat ekstrak kering untuk dijadikan teh.

Namun, seperti diingatkan Yayuk dari Tersono Herba Mandiri, kita harus berhati-hati dalam memanfaatan daun dandang gendis sebagai herba, terutama jika direbus.

"Jika dalam bentuk segar, agar saat direbus manfaatnya tidak terbuang, sebaiknya layukan dulu sebelum direbus. Petik daun di pagi hari, sorenya baru diolah," katanya lagi.

Belum Dikembangkan

Tentang khasiat dandang gendis untuk meredakan penyakit diabetes memang cukup menarik. Setidaknya beberapa penelitian membuktikan bahwa herba ini memiliki potensi untuk dikembangkan lebih lanjut.

Salah satu penelitian dilakukan oleh Departemen Farmasi Institut Teknologi Bandung. Dalam penelitian tersebut dilakukan penapisan aktivitas antidiabetes berbagai fraksi dari ekstrak air daun dandang gendis menggunakan metode diabetes aloksan dan toleransi glukosa pada mencit galur Swiss Webster jantan.

Simplisia daun dandang gendis diekstraksi dengan air dan difraksinasi lebih lanjut dengan pelarut polar (etanol), semipolar (etilasetat), dan nonpolar (n-heksan). Ekstrak air diuji efeknya terhadap penurunan kadar glukosa darah mencit diabetes aloksan dengan glibenklamid dosis 0,65 mg/kg bb sebagai pembanding.

Kemudian ekstrak air dan fraksi diuji potensi antidiabetesnya dengan metode toleransi glukosa untuk menentukan fraksi yang paling aktif. Setelah itu dilakukan telaah hubungan dosis 50, 100, dan 150 mg per kg bb ekstrak fraksi yang paling aktif dengan efek antidiabetes yang dihasilkan.

Fraksi tersebut dipisahkan lebih lanjut dengan cara kromatografi preparatif isolat. Hasil kromatografi preparatif diuji untuk menentukan isolat yang paling berpotensi sebagai antidiabetes.

Fakta ini tentu menarik, sayangnya sampai sekarang belum ada perusahaan farmasi yang tertarik untuk mengembangkannya.

Sebagai Pencegahan

Di kalangan pengobat tradisional dan herba, manfaat dandang gendis sudah lama dikenal. Tak hanya untuk menormalkan laju gula darah, tetapi juga untuk meningkatkan daya tahan tubuh dan minuman sehat (jika dibuat ekstrak kering).

Menurut Yayuk, daun dandang gendis memiliki kemiripan dengan meniran. Selain itu, dandang gendis juga memiliki sifat diuretik, sehingga baik untuk peluruh kencing. Meski begitu, ia mengingatkan, penderita gangguan ginjal tetap harus berhati-hati bila hendak mengonsumsi ramuan dandang gendis.

"Secara umum manfaat dandang gendis lebih tepat sebagai pencegahan, bukan pengobatan. Jadi, mereka yang mengalami masalah ginjal ada baiknya tidak sering mengonsumsi ramuan dandang gendis. Bila tetap ingin mengonsumsinya, tidak melebihi segelas ramuan sehari," ujar Yayuk.

Seperti meniran, dandang gendis juga relatif mudah dipelihara sebagai penghias halaman atau tanaman pagar. Tumbuh kembangnya mudah. Dandang gendis juga merupakan tanaman yang mandiri alias tak perlu perawatan khusus.

"Dibiarkan saja, asal cukup air, minimal sekali seminggu disiram, tanaman ini dapat hidup sendiri," tuturnya.

Secara fisik dandang gendis hampir mirip tanaman beluntas, meski lebih tinggi dan rimbun. Ciri tanaman ini adalah berbentuk perdu, batangnya tegak dengan tinggi kurang lebih 2,5 meter.

Tanaman ini mempunyai batang yang beruas dan berwarna hijau.

Meramu Ki Tajam

Dandang gendis juga populer dengan sebutan ki tajam, khususnya di daerah Jawa Barat. Berikut beberapa contoh ramuannya.

◘ Menormalkan gula darah
Ambil dua genggam atau 10 gram daun dandang gendis yang telah dilayukan. Kemudian masukkan ke dalam air yang telah mendidih dan rendam di dalamnya sekitar satu menit. Saring untuk diambil airnya. Setelah dingin, dapat langsung diminum

◘ Daya tahan tubuh
Ambil dua genggam atau 10 gram daun dandang gendis yang telah dilayukan dan 10 gram daun meniran. Kedua bahan dimasukkan ke dalam air yang telah mendidih dan rendam di dalamnya sekitar satu menit. Saring untuk diambil airnya. Setelah dingin dapat langsung diminum. Anda juga dapat menambahkan ramuan tersebut dengan madu secukupnya.

◘ Minuman sehat
Ambil secukupnya ekstrak (daun yang telah dikeringkan) dandang gendis, kemudian campur dengan air panas seperti membuat teh. Tambahkan sedikit gula batu atau madu sebagai pemanis.

untuk kekal sihat seseorang digalakkan minum air suam

Air suam untuk kesihatan

“Hadkan aktiviti (luar rumah) dan banyak minum air suam," Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu pemberita pada satu majlis baru-baru ini, bila ditanya mengenai apa yang orang ramai perlu buat jika jerubu melanda.
Kenapa perlu minum air suam? Ramai yang menyangka tabiat minum air suam hanya petua atau cerita daripada ‘orang tua-tua’ sahaja.
Tetapi, pengamal penjagaan kesihatan juga memang berpendapat bahawa minum air suam dapat memanjangkan umur sel badan!
Air dingin
“Minum air sejuk mungkin boleh beri kepuasan bagi menghilangkan dahaga.
“Tetapi ahli sains percaya air yang sejuk akan mengentalkan lemak dalam makanan yang baru diambil dan menyukarkan sistem pencernaan lemak dalam badan.
“Ini selanjutnya menyukarkan pengeluaran bahan buangan lemak dari dalam badan," jelas pengamal perubatan Dr. A.Radha.
Minum air sejuk atau yang mempunyai ketulan ais adalah tidak sebaik minum air biasa dari segi hidrasi badan.
Teorinya adalah, air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan.
Ada pengkaji bidang perubatan yang mempunyai pandangan berbeza tentang sama ada minum air sejuk lebih baik daripada minum air suam terutama selepas melakukan senaman.
“Ada doktor yang menyarankan minum air biasa adalah lebih baik daripada minum air sejuk kerana badan terpaksa mengeluarkan tenaga lebih untuk memanaskan air sejuk ini ke tahap suhu badan, menyebabkan terjadinya kehilangan air dari badan.
“Tetapi ada juga doktor yang menyatakan bahawa selepas aktiviti senaman yang cergas, minum air sejuk akan mudah menyejukkan badan jika dibandingkan dengan air suam," jelas Dr. Radha.
Kata Dr. Radha, mereka yang minum air sejuk sebenarnya akan minum lebih banyak air kerana air sejuk rasanya lebih sedap dan lebih memuaskan.
Bila air sejuk melalui sistem dalam badan, ia mengentalkan lelemak makanan yang baru atau sedang dimakan.
Ini menyebabkan penghadaman serta penyerapan makanan lebih sukar selain dari membuang apa yang tidak perlu dari badan.
Tetapi jika ditukar air sejuk kepada air suam atau panas (seperti teh atau kopi), air yang suam itu akan membantu mencairkan lelemak dalam makanan yang diambil dan memudahkan pencernaan.
“Ia turut membantu membuang lemak dengan cara yang lebih senang dari sistem badan serta mengurangkan risiko salur darah tersumbat," kata beliau.
Kalau hendak bantu seseorang yang tengah demam panas, jangan guna air sejuk tetapi gunakanlah air yang agak suam.
Kata Dr. Radha, air yang sejuk sebenarnya boleh merangsang dan menaikkan suhu badan. Jika mereka yang demam minum air sejuk, badan mereka akan jadi ‘kesejukan’. Jadi air suam adalah pilihan yang baik.
Minum air suam juga boleh menenang dan merelakskan badan, kata beliau lagi.
Warna kencing
Menurut Dr. Radha, indikasi terbaik sama ada badan mencukupi imbangan air adalah dengan melihat warna air kencing.
“Jika warna air kencing pekat kekuningan, seseorang itu mungkin tidak cukup air dalam badan, tetapi jika air kencing itu berwarna kuning pucat dan cerah maka kandungan cecair badan adalah mencukupi. Harus diingat warna air kencing pada sebelah pagi adalah lebih pekat," katanya.
Menurut beliau lagi, ahli sains percaya minum air suam ketika makan boleh membantu mengurangkan berat badan.
“Jika kita tukar air sejuk yang diminum dengan air suam seperti minuman teh, kopi atau herba, lemak dalam makanan akan kekal cair dan lebih mudah bagi serapan serta pengeluaran dari badan.
“Ini akan membantu mengurangkan berat badan selain membuang lemak dari bersalut dalam salur darah," katanya.
Mengikut amalan perubatan tradisional Cina, untuk kekal sihat seseorang digalakkan minum air suam.
“Air sejuk sebenarnya tidak baik untuk perut anda," katanya lagi.- Bernama

istilah ketuanan Melayu yang digunakan perlu diganti

ARKIB : 07/09/2012

Ketuanan Melayu

ISTILAH ketuanan Melayu sering menimbulkan salah faham dan kekeliruan terhadap masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini.
Sehingga ada yang berpendapat, istilah ketuanan Melayu yang digunakan perlu diganti dengan ketuanan Islam kerana ia adalah lebih bersifat sejagat berbanding ketuanan Melayu yang hanya bersifat kebangsaan.
Malah terdapat juga yang mendakwa istilah ketuanan Melayu dilihat seperti amalan tuan dan hamba yang memberi kuasa mutlak kepada tuan untuk mengarahkan apa sahaja kepada hambanya.
Pelbagai lagi persoalan terus dibahas dan dipertikaikan hingga ke hari ini sehingga ada pihak yang didapati semakin berani untuk cuba menghapuskan konsep ketuanan Melayu dan meminda hak keistimewaan Melayu yang telah digubal dalam perlembagaan negara.
Namun, pendapat tidak berasas dan tiada kajian itu dilihat hanya merugikan bangsa Melayu, sekali gus mempengaruhi kekuatan Islam di negara ini yang dihuni oleh majoriti orang Melayu beragama Islam.
Perkara itu diakui oleh Profesor Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dalam buku penulisannya bertajuk, Masih Adakah Ketuanan Melayu?.
Ridhuan Tee berkata, walaupun beliau berketurunan Cina, namun demi kestabilan dan keutuhan Islam di negara ini, pensyarah dan pendakwah terkemuka itu mengakui kekuatan Islam terletak kepada kekuatan orang Melayu.
"Antara pertembungan agama dan bangsa, maka pastilah agama yang perlu diutamakan. Oleh itu, untuk memastikan kekuatan agama terus berkembang meluas maka bangsa Melayu di negara ini memegang kekuatan itu.
"Jika bukan kerana orang Melayu mengamalkan agama Islam dan juga merupakan masyarakat majoriti, saya mungkin tidak menyebelahi Melayu.
"Tetapi realitinya di Malaysia Islam terletak pada kekuatan Melayu, jika kuat pengaruh orang Melayu, maka bertambah kuat dan tersebar luas Islam di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran bukuMasih Adakah Ketuanan Melayu? dan Cabaran Saudara Baharu di Malaysia di Auditorium, Wisma Perdana Kementerian Pertahanan Malaysia (Kementah), baru-baru ini.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Turut hadir Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali; Panglima Angkatan Tentera; Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional, Leftenan Jeneral Datuk Wira Allatif Mohamed Noor dan Pengarah Eksekutif Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd., Ahmad Hairi Abu Bakar.
Tambah Ridhuan Tee, menerusi buku itu beliau berkongsi idea untuk membangkitkan semula kesedaran orang Melayu yang dilihat semakin leka memikirkan isu yang melanda negara.
"Keadaan ini semakin membimbangkan apabila orang Melayu terus merasa selesa sehingga membuatkan mereka tidak mahu campur tangan terhadap isu negara.
"Ini yang mendorong berlakunya perpecahan dan perbalahan yang semakin meruncing dalam kalangan orang Melayu sendiri pada masa ini.
"Melalui buku Masih Adakah Ketuanan Melayu? ini, saya mengetengahkan idea-idea mengenai keistimewaan orang Melayu dan potensi yang ada untuk menyedarkan masyarakat khususnya orang Melayu bagi memperbaiki permasalahan ini," katanya.

Hina Nabi, Duta AS mati ditembak

Hina Nabi, Duta AS mati ditembak

Penduduk Mesir yang mengadakan tunjuk perasaan mengoyakkan bendera Amerika dari Kedutaan Amerika di Kaherah, kelmarin sebagai membantah filem Innocence of Islam yang menghina Nabi Muhammad. -AP
KAHERAH 12 Sept. - Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Christopher Stevens terbunuh di Benghazi akibat ditembak dalam insiden bangunan Kedutaan AS di negara itu semalam diserang beribu-ribu penduduk yang mengadakan tunjuk perasaan membantah penerbitan sebuah filem yang didakwa menghina Nabi Muhammad.
Tiga lagi rakyat AS turut terbunuh akibat terkena tembakan.
Di Kaherah hampir 3,000 penunjuk perasaan, kebanyakan mereka penyokong pergerakan Salafis, berkumpul di Kedutaan AS di Kaherah untuk menyuarakan bantahan yang sama.
Berpuluh-puluh penunjuk perasaan memanjat bangunan Kedutaan AS dan menggantikan bendera negara kuasa besar itu dengan kain rentang yang tertulis 'Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah' dan membakar bangunan konsulat berkenaan.
Polis Mesir terpaksa campur tangan untuk memujuk penunjuk perasaan beredar dan kini masih terdapat beratus-ratus orang berkumpul di luar kedutaan berkenaan.
Di timur Benghazi, pegawai Kementerian Dalam Negeri Libya, Wanis al-Sharef berkata, Stevens maut bersama tiga pegawai AS lain ketika sekumpulan besar penunjuk perasaan menyerbu pejabat konsulat AS di Benghazi, dengan lelaki bersenjata bertindak melepaskan tembakan.
Katanya, pasukan keselamatan Libya tidak mampu berbuat apa-apa ekoran jumlah penunjuk perasaan yang terlalu ramai.
Timbalan Perdana Menteri Libya, Mustafa Abu Shagur mengesahkan kematian Stevens dalam akaun laman web Twitternya.
Seorang saksi berkata, terdapat penunjuk perasaan yang melepaskan tembakan senjata automatik dan roket pelancar grenad ke arah bangunan terbabit ketika mereka bertempur dengan pengawal Libya yang ditugaskan mengawal kedutaan tersebut.
Kejadian itu merupakan yang pertama terhadap bangunan diplomatik AS di kedua-dua negara sejak bekas pemimpin, Muammar Gaddafi dan Hosni Mubarak disingkirkan dalam kebangkitan di kedua-dua negara itu pada tahun lalu.
Tunjuk perasaan itu tercetus ekoran sedutan filem, Innocence of Islam, arahan Sam Bacile, 52, dari California, yang disiarkan dalam laman YouTube dengan menggambarkan Nabi Muhammad pernah tidur dengan ramai wanita, mengisahkan pembunuhan kanak-kanak dan mendakwa keldai sebagai haiwan Islam pertama.
Filem tersebut turut dilaporkan akan digunakan oleh ekstremis anti Islam, Terry Jones, yang pernah mencetuskan kontroversi cuba membakar al-Quran, untuk berkempen membenci Islam di AS.
Bacile yang berketurunan Yahudi Israel berkata, Islam merupakan 'kanser' dan dia berharap filemnya itu dapat menunjukkan kepada dunia mengenai kelemahan Islam. - AP/AFP